
GERAN PADANAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI UNTUK PKS DAN SYARIKAT PEMULA (LiKES)
LiKES oleh TalentCorp merupakan geran padanan penempatan latihan industri untuk syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat permulaan. Dengan peruntukan sebanyak RM30 juta selama 3 tahun, LiKES bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada PKS dan syarikat permulaan di Malaysia, menggalakkan mereka untuk membina bakat tempatan melalui program latihan industri yang berkualiti, berstruktur, dan berbayar untuk pelajar.
Melalui geran LiKES, majikan yang layak boleh menerima bayaran balik untuk elaun bulanan minimum yang dibayar kepada intern-intern yang diambil bekerja. Bagi Fasa 1 pada tahun 2024, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk membayar balik sehingga 10 intern bagi setiap syarikat yang diluluskan.
Majikan boleh menawarkan penempatan latihan industri yang berstruktur dan berbayar yang disahkan oleh TalentCorp kepada pelajar sepenuh masa yang sedang belajar di Malaysia dari IPTA atau IPTS tempatan termasuk institusi pengajian tinggi di luar negara dan institusi TVET dengan syarat membayar elaun bulanan selama sekurang-kurangnya sepuluh (10) minggu dan sehingga maksima enam (6) bulan.
Untuk layak mendapatkan pengendorsan insentif LikES organisasi anda mesti memenuhi kriteria berikut:
BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?

Berapa jumlah geran padanan yang bakal diterima majikan?
TalentCorp akan memberi geran padanan sehingga RM250.00 maksimum kepada setiap intern setiap bulan jika majikan membayar RM500.00, dan sehingga RM300.00 maksimum jika majikan membayar RM600.00 atau lebih.
Bagi Fasa 1 pada tahun 2024, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk bayaran balik untuk maksima sepuluh (10) pelatih industri bagi setiap syarikat yang diendors.
Jika Majikan A mengambil 5 orang intern dengan bayaran RM500.00 sebulan untuk 3 bulan:
Pembayaran di muka dari Majikan kepada Intern : RM 1,500 x 5 = RM 7,500
Jumlah pemulangan dari TalentCorp : RM 750 x 5 = RM 3,750
Jika Majikan B mengambil 8 orang intern dengan bayaran RM600.00 sebulan untuk 4 bulan:
Pembayaran di muka dari Majikan kepada Intern : RM 2,400 x 8 = RM 19,200
Jumlah pemulangan dari TalentCorp : RM 1,200 x 8 = RM 9,600
Jika Majikan C mengambil 3 orang intern dengan bayaran RM700.00 sebulan untuk 5 bulan:
Pembayaran di muka dari Majikan kepada Intern : RM 3,500 x 3 = RM 10,500
Jumlah pemulangan dari TalentCorp : RM 1,500 x 3 = RM 4,500
(kerana hanya akan dipulangkan sehingga RM300.00 maksimum kepada setiap intern setiap bulan)
SIAPA YANG BOLEH MEMOHON?

DEFINISI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)
- Syarikat yang beroperasi di Malaysia dengan modal berbayar RM2.5 juta atau kurang dan tidak berkaitan dengan mana-mana syarikat yang mempunyai modal berbayar lebih daripada RM2.5 juta.
- Perolehan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 (Mikro), RM15 juta (Kecil) dan RM50 juta (Sederhana).
- Bilangan pekerja dalam syarikat (termasuk pekerja asing dan ekspatriat) kurang daripada 5 orang (Mikro), 75 orang (Kecil) atau 200 orang (Sederhana).
DEFINISI SYARIKAT PEMULA
- Syarikat yang beroperasi di Malaysia dan diperbadankan tidak lebih daripada 5 tahun.
- Saiz hasil dan / atau pelaburan kurang daripada RM20 juta.
- Perniagaan yang didorong oleh inovasi dan mengganggu, berasaskan teknologi.